Sunday, April 26, 2020

Saturday, May 19, 2018

10 Tahun Kemudian

Exactly 10 tahun lepas, bulan Mei, aku mula blogging.
Baru berjaya log in account blog ni. Punya lama tak log in sampai terlupa.

Here I am, now, at this moment,

sudah tidak bersendirian, lama tak pergi gig, juggling kerjaya dan keluarga, dan mungkin 10 kg lebih berat.

10 tahun lepas, mungkin aku sedang menaip posting macam ni dalam gelap, dekat meja study di hostel universiti. Hari ni, aku menaip ni di ruang tamu rumah sendiri, dengan ear phone di telinga.

Masih tak move on dengan lagu dan band fav zaman sekolah menengah sampai ke zaman universiti.

Apa jadi dekat kawan-kawan yang pernah follow tulisan aku dulu? ada yang aku masih keep in touch, ada yang kekal di FB atau instagram.

Gila.

Cepat betul masa berlalu.

Salam Ramadan semua (Jika masih ada yang singgah sini lah)

Monday, February 8, 2016

8 tahun kemudian

Tahun 2008, aku start blogging.

Sampai sekitar tahun 2013 aku stop. Mungkin fokus dah berubah ke arah lain; cari arah tuju lepas habis belajar universiti, kerja, jodoh. Masa depan.

Atau mungkin aku stop blogging sebab blogosfera dah hilang fun, dan tak famous (haha)

It was fun, tahun 2007-2010.

Ramai juga yang memblog zaman tu dah progress to something bigger and greater. Macam, Fynn Jamal, Hanis Zalikha, Yuna.

Tak kurang jugak yang lain, tulis buku dan publish macam Apit, Neem, Akab.

Rindu tulisan Irondanwine, Lucius Maximus, Magenta, Ms.weed, Melayu Minimalis.

Tapi paling rindu, John Hafiz. (Haha)

Sunday, January 24, 2016

Tuesday, August 13, 2013

Instagram #6

Gambar rawak bulan Syawal dari handphone. 

Serius, rindu bunyi orang kampung takbir di serambi. Rindu kelam kabut bersiap nak pergi solat Aidilfitri. Rindu tengok langit malam-malam terakhir Ramadhan.

Rindu.





Monday, August 5, 2013

Instagram #5

Gambar rawak bulan Ramadhan.






Thursday, August 1, 2013

Pesanan ringkas


Makan dengan mulut, bukan dengan nafsu.

Ok?

Saturday, July 27, 2013

Berkat

Lewat malam, abang Lan, seorang driver company mintak tolong aku untuk hantar dia ke Damansara.

"Kereta company kena tinggal dekat office, kereta abang ada dekat sana." kata dia.

Aku setuju untuk menghantar dia ke sana.

Dalam kereta, sempat borak tentang banyak perkara tapi yang pasti, tentang hidup.

"Bila kita cakap pasal berkat ni, abang ada satu cerita."Dia mula bercerita, "Dulu, abang kerja pomen kereta, dengan satu taukeh Cina ni."

"Abang nak sangat beli kereta. Masa tu tahun 1992, Proton Saga tengah top."

"Tapi gaji abang rm800, nak tampung isteri dan sorang anak, Boss pun tak setuju dengan idea abang." dia menambah.

"Nak dijadikan cerita, masa abang tengah repair kereta, abang terjumpa satu kotak ni. Tak tahu kenapa, abang terbukak hati nak bukak."

"Kau tau apa abang jumpa dalam tu?" dia tanya aku.

"Err emas?" aku jawab random.

"Bukan," dia kata, "cincin berlian."

"Ada empat semuanya, dan setiap berlian tu, dikelilingi berlian-berlian kecik"

Dia cerita dengan penuh serius dan aku senyap mendengar dengan penuh fokus.

"Masa tu mata jadi kabur kejap, abang ambil satu dan try. Memang muat-muat dengan jari abang!"

"Dalam hati abang: Kalau lah aku ambik dan jual ni, beribu jugak boleh dapat! Tapi abang letak balik dalam kotak dan simpan tempat asal."

"Tak lama lepas tu, tuan kereta tu datang jumpa boss abang mengadu ada satu kotak hilang."

"Abang dengar, lepas tu terus mencelah; boss! kotak tu ada dekat bawah seat."

"Lalu tuan kereta tu terus cari dan capai kotak tu dan keluarkan cincin tu."

"Tuan kereta tu cakap, semua cincin ni harga dia lebih 100 ribu ringgit. Nasib baik ada!"

"Abang terkejut!" dia kata sambil tersengih.

"Selang sebulan lepas benda tu jadi, boss abang panggil abang datang office."

"You pergi kedai used car depan sana, jumpa David and mintak itu kereta Saga, boss abang cakap."

"Abang pun pergi lah. Normal prosedure, abang bayarkan road tax dan insurans sebelum bawak balik ke bengkel boss abang."

"Bila sampai di office, boss abang cakap: Itu kereta, you punya sekarang. Jaga baik-baik!"

"Abang terkejut!," dia tergelak. "Gila ke apa orang nak bagi kereta free?"

"Sejak tu, berbulan-bulan budak-budak dekat bengkel bercerita belakang abang hal ni."

Aku tersenyum. Biasalah, benda ni normal, lagi-lagi dalam masyarakat kita di sini.

Tak lama lepas tu, kami sampai di tempat yang dituju, rumah boss di Damansara.

Sebelum keluar dari kereta, abang Lan kata, 

"Bukan apa, abang cuma nak cakap, rezeki sikit takpe, janji berkat." 

Ayat dia terngiang-ngiang dalam kepala aku. Bukan apa, lepas grad, dalam kepala aku memang nak financially stable. In fact, memang ramai yang macam tu. Ada masa, mungkin terlepas pandang benda macam ni.

"Ok abang balik dulu ya," dia kata sambil melangkah keluar dari kereta aku. 

"Assalamualaikum."

Aku jawab perlahan dan perhatikan dia.

Dan aku nampak, abang Lan berjalan ke arah sebuah Proton Saga warna kelabu.

Aku senyum.

"Berkat." aku kata dalam hati.

Saturday, July 20, 2013

Tuesday, March 12, 2013

Siri Gambar Bercakap #1

Dulu sebelum aku delete semua entri dalam blog ni, aku dah post gambar hingga 50 'Siri Gambar Bercakap'

Sekarang aku hanya post gambar-gambar dari phone (instagram) je, jadi aku rasa memang patut aku mulakan semula siri ni.































p/s: Aku pernah print gambar-gambar dari 'Siri Gambar Bercakap' dan poskan kepada followers blog ni. Mungkin aku patut buat something similar masa akan datang.

Instagram #4








Nota motivasi.

Semua orang nak bejaya, tapi 'kejayaan' tu sendiri sangat subjektif, kan? Apa pun definisinya, ada 4 langkah untuk berjaya (pada pendapat aku)

1) Decide apa kau nak, dan firm dengan decision tu.

2) Plan macam mana kau nak capai apa yang kau nak (step 1). Lagi detail, lagi bagus.

3) Persistent, istiqamah dan jangan berhenti sampai kau berjaya.

4) Doa.



Don't ever stop dreaming.




Friday, February 22, 2013

TGIF

Hello weekend!



*Aku taktau berapa kali dah aku ulang video ini*

Thursday, February 21, 2013

Kerja

Tengah fokus buat buat kerja depan komputer, tiba-tiba kakak secretary datang ke meja aku dan kata,

"Hi Anuar Zain, I nak amik barang yang you cakap dalam e-mail hari tu. Boleh?"

Wednesday, February 20, 2013

Instagram #3






Inception.

Pernah tak kau terjaga dari mimpi masa tidur, dan mimpi tu ada banyak episod; ada gembira, ada sedih, ada mengujakan, ada menakutkan.

Dan bila kau terjaga, rasa bingung. Perasaan bercampur baur tentang mimpi tadi tapi tak ada satu episod pun yang betul-betul kau ingat atau faham.

Pernah tak?

Kadangkala aku rasa macam tu.

In fact, aku rasa aku sedang bermimpi walaupun terjaga dan mata terbuka.

Dan akan terjaga bila mata tertutup selamanya, nanti.

Sunday, February 3, 2013

Instagram #2


 Gambar rawak sepanjang minggu lepas.





Wednesday, January 30, 2013

Imbasan #9

Sedang menonton sebuah movie yang agak bodoh di cinema, aku cakap dekat kawan sebelah aku tentang hero berbadan tough dalam cerita tu.

"Orang badan tough ni selalunya muka tak handsome kan?"

Sambil mengangguk setuju, dia jawab dengan muka serius,

"Sebab tu lah badan kita tak tough."

Haha, patut lah.

Hero, 31.10.09

Tuesday, January 29, 2013

Kerja

Dalam lift, pulang dari tempat kerja.

"The salary we got actually no ours lah, it belongs to others." kata lelaki di sebelah aku kepada kawannya.

"We basically work for the banks. We work very hard to pay the debts till we got sick."

"Then we go to the clinic and pay the doctors."

"See, the money is for others, not us."

Kemudian pintu lift terbuka dan aku keluar tersenyum sendirian.

Monday, January 28, 2013

Instagram #1

Aku baru buat account Instagram. Jangan gelak. Feel free to follow.