Saturday, May 19, 2018

10 Tahun Kemudian

Exactly 10 tahun lepas, bulan Mei, aku mula blogging.
Baru berjaya log in account blog ni. Punya lama tak log in sampai terlupa.

Here I am, now, at this moment,

sudah tidak bersendirian, lama tak pergi gig, juggling kerjaya dan keluarga, dan mungkin 10 kg lebih berat.

10 tahun lepas, mungkin aku sedang menaip posting macam ni dalam gelap, dekat meja study di hostel universiti. Hari ni, aku menaip ni di ruang tamu rumah sendiri, dengan ear phone di telinga.

Masih tak move on dengan lagu dan band fav zaman sekolah menengah sampai ke zaman universiti.

Apa jadi dekat kawan-kawan yang pernah follow tulisan aku dulu? ada yang aku masih keep in touch, ada yang kekal di FB atau instagram.

Gila.

Cepat betul masa berlalu.

Salam Ramadan semua (Jika masih ada yang singgah sini lah)

4 comments:

apitikustika said...

aku selak-selak juga updated blog dekat list blog aku.

Salam Ramadhan Afiq!

Fauzan Ahmad said...

;)

Dammit said...

Apit,

Random update weh. Salam Ramadan weh!

Fauna,
Hi orang Copenhagen!

Huzai Mansor said...

welkam bek!