Monday, February 20, 2012

Hi,


Lama tak datang sini.

Friday, January 27, 2012

Berasap

Di meja meeting, lelaki 1 dan 2 mula menyalakan rokok beberapa minit lepas mulakan kerja. Aku, seorang passive smoker tegar, memerhatikan gelagat mereka.

"Sebenarnya, kita perlukan rokok dan perokok," kata lelaki 3, tiba-tiba bersuara, padahal dia sedang dalam proses berhenti merokok.

"Kalau tak ada rokok dan perokok, kurang lah penyakit. Kalau kurang penyakit, tak ramai lah orang pergi hospital. Nanti doktor tak ada peluang pekerjaan kan?" dia sambung, dengan muka yakin.

"Betul, lepas tu kalau tak ada rokok, rakyat lain mesti kena bayar cukai tinggi," lelaki 1 menambah sambil menghembuskan asap rokoknya, "Nasib baik ada rokok."

Aku hanya gelengkan kepala.

Tuesday, January 10, 2012

Dan sebenarnya,

Lama tak pergi tengok live shows. Jadi petang tu aku rush ke KL, pinjam kamera kawan aku dan datang ke showcase Yuna.

Aku keluarkan kamera dengan yakin, excited.

Tiba-tiba hos pada malam tu buat announcement: "You are not allowed to take pictures with or without flash."

Kecewa betul.

Tapi masa last song, aku angkat jugak kamera dan tembak banyak-banyak.

Showcase sebelum ni lagi best, taktau kenapa.

***

Hidup sedikit kucar kacir. Hari ni pindah tempat baru (lagi), harap-harap semua berjalan lancar.

Wednesday, December 28, 2011

Drive.


Aku percaya kita semua dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan. Ada sebab tuhan jadikan kita macam tu. Semua orang dapat bahagian masing-masing, tuhan tu maha adil. Cuma kita ada tendency untuk nampak kekurangan berbanding kelebihan dalam diri. Seolah-olah kita sendiri tidak adil dekat diri sendiri, kan?

Aku membesar dengan melihat orang sekeliling lebih baik dan lucky berbanding aku. Dulu bila ada tournament bola sepak dekat sekolah rendah, aku cuma duduk di tepi padang jadi substitute dan tak diberi peluang untuk bermain. Masa sekolah menengah, aku fail add maths padahal kawan-kawan sekelas yang lain boleh score.

Rasa macam loser.

Tapi bila difikirkan balik, masa sekolah rendah dulu, kawan-kawan aku mintak tolong aku lukis untuk diorang. Aku score subjek pendidikan agama Islam masa sekolah menengah. Masa zaman matrik dan universiti, aku ajar kawan-kawan tentang musik dan gitar.

Not bad. Haha.

Jadi aku fikir, kita semua ada potential untuk jadi terbaik dalam bidang tertentu. Cuma kita tak fokus atau tak usaha secukupnya untuk develop potensi dalam diri. Atau kadang-kadang, kita tenggelam dan hanyut dalam sistem. Sistem pembelajaran, pemikiran yang standard; yang kita lalui dari zaman tadika sampai di tempat kerja yang define what's good and bad.

Sistem ni dah create barrier dalam fikiran kita dan membunuh self-esteem. Sistem yang tak memberi peluang sama rata kepada semua orang untuk develop potensi diri.

Jadi take your time dan muhasabah diri. Check balik kelebihan dan kekurangan diri. Berhenti mengeluh dan tak perlu banding-bandingkan diri dengan orang lain.

Perbaiki kekurangan dan push sejauh mungkin potential yang kita ada.

Kalau tak, rugi lah kan?

Tuesday, December 27, 2011

.

Pukul 1.30 pagi, telefon berbunyi,

"Hello?"

"Hello. Aku nak mintak tolong sikit, kau tengok-tengokkan rumah aku boleh? bapak aku baru meninggal tadi, kitorang nak bertolak balik kampung terus."

Serius, aku tak tahu nak balas apa.