Saturday, July 27, 2013

Berkat

Lewat malam, abang Lan, seorang driver company mintak tolong aku untuk hantar dia ke Damansara.

"Kereta company kena tinggal dekat office, kereta abang ada dekat sana." kata dia.

Aku setuju untuk menghantar dia ke sana.

Dalam kereta, sempat borak tentang banyak perkara tapi yang pasti, tentang hidup.

"Bila kita cakap pasal berkat ni, abang ada satu cerita."Dia mula bercerita, "Dulu, abang kerja pomen kereta, dengan satu taukeh Cina ni."

"Abang nak sangat beli kereta. Masa tu tahun 1992, Proton Saga tengah top."

"Tapi gaji abang rm800, nak tampung isteri dan sorang anak, Boss pun tak setuju dengan idea abang." dia menambah.

"Nak dijadikan cerita, masa abang tengah repair kereta, abang terjumpa satu kotak ni. Tak tahu kenapa, abang terbukak hati nak bukak."

"Kau tau apa abang jumpa dalam tu?" dia tanya aku.

"Err emas?" aku jawab random.

"Bukan," dia kata, "cincin berlian."

"Ada empat semuanya, dan setiap berlian tu, dikelilingi berlian-berlian kecik"

Dia cerita dengan penuh serius dan aku senyap mendengar dengan penuh fokus.

"Masa tu mata jadi kabur kejap, abang ambil satu dan try. Memang muat-muat dengan jari abang!"

"Dalam hati abang: Kalau lah aku ambik dan jual ni, beribu jugak boleh dapat! Tapi abang letak balik dalam kotak dan simpan tempat asal."

"Tak lama lepas tu, tuan kereta tu datang jumpa boss abang mengadu ada satu kotak hilang."

"Abang dengar, lepas tu terus mencelah; boss! kotak tu ada dekat bawah seat."

"Lalu tuan kereta tu terus cari dan capai kotak tu dan keluarkan cincin tu."

"Tuan kereta tu cakap, semua cincin ni harga dia lebih 100 ribu ringgit. Nasib baik ada!"

"Abang terkejut!" dia kata sambil tersengih.

"Selang sebulan lepas benda tu jadi, boss abang panggil abang datang office."

"You pergi kedai used car depan sana, jumpa David and mintak itu kereta Saga, boss abang cakap."

"Abang pun pergi lah. Normal prosedure, abang bayarkan road tax dan insurans sebelum bawak balik ke bengkel boss abang."

"Bila sampai di office, boss abang cakap: Itu kereta, you punya sekarang. Jaga baik-baik!"

"Abang terkejut!," dia tergelak. "Gila ke apa orang nak bagi kereta free?"

"Sejak tu, berbulan-bulan budak-budak dekat bengkel bercerita belakang abang hal ni."

Aku tersenyum. Biasalah, benda ni normal, lagi-lagi dalam masyarakat kita di sini.

Tak lama lepas tu, kami sampai di tempat yang dituju, rumah boss di Damansara.

Sebelum keluar dari kereta, abang Lan kata, 

"Bukan apa, abang cuma nak cakap, rezeki sikit takpe, janji berkat." 

Ayat dia terngiang-ngiang dalam kepala aku. Bukan apa, lepas grad, dalam kepala aku memang nak financially stable. In fact, memang ramai yang macam tu. Ada masa, mungkin terlepas pandang benda macam ni.

"Ok abang balik dulu ya," dia kata sambil melangkah keluar dari kereta aku. 

"Assalamualaikum."

Aku jawab perlahan dan perhatikan dia.

Dan aku nampak, abang Lan berjalan ke arah sebuah Proton Saga warna kelabu.

Aku senyum.

"Berkat." aku kata dalam hati.

10 comments:

Forskning Beta said...

hai abg berkat...lama tak update?

idontdrinkmilk said...

Haluuu

Anoneemus™ said...

Betul. Rezeki berkat, hati senang je walau tak banyak.

Hannah Haykhall said...

bagus nye abang tu. kejujuran membawa berkat.
bagus jugak orang yg tumpangkan abang tu..ehh? haha..

bawangmerah said...

boleh propose entri ni kat krew petronas. tahun depan iklan raya ni pulak!

Dalila Ali said...

dah macam koleksi cerita pendek pulak aku baca hahah
sgt setuju, rezeki sikit takpe, janji berkat.

(rezeki sikit takpe, janji hidup? eh.)

Dammit said...

FB,
Hi abang pekebun, sangat lama.

idontdrinkmilk,
Helloo mama! hehe

Anoneemus,
Kalau dah berkat, sikit ke byk dah tak penting

Hannah,
Err, tu bukan point yg nak disampaikan. haha

bawangmerah,
eh aah ah! tahun depan serious kena try! :)

Dal,
Selama ni aku post pun cerita pendek. and mostly, kisah benar. alamak, janji hidup tu mcm kurang bersemangat je? keep calm n enjoy Ramadhan! haha

Selamber Rock said...

ini deep. tak ramai dah orang mcm brader ni zaman sekarang...

Dammit said...

Betul, tak ramai. Ramai yang tau tapi pandang sebelah mata

hairil said...

deep