Friday, January 11, 2013

Imbasan #7

Aku bersiap untuk ke taman. Dah 3 bulan aku tak ke situ. Kali terakhir aku berjoging adalah dua bulan lepas. Sebab tu lah butang seluar pun boleh tercabut.

Ok, jangan gelak.

Kali ni aku pakai seluar dan stokin baru. Ya, aku nekad untuk spend extra duit untuk benda ni. Aku mahu kerap bersenam dan jaga kesihatan.

Kemudian aku capai jersey tidak berkolar yang aku beli bersama seorang kawan aku dua tahun lepas. Aku masih ingat, dia pun nak beli masa tu sebab murah. Akhirnya kami keluar dari kedai sukan tu dengan jersey yang sama.

Berbalik kepada cerita. Hari ni, aku tak jogging seorang diri. Aku ditemani seorang kawan.

Kami menaiki motor dan aku membonceng di belakang. Dalam kepala aku, terbayang scene dalam cerita Forest Gump di mana dia berlari tanpa henti untuk satu jangka masa yang lama dan ramai yang mahu ikut dia.

Dan aku akan sentiasa ingat dialog pendek dalam cerita tu yang sentiasa bagi aku inspirasi,

"Run Forrest, run!"

Dalam perjalanan, kami lalu di sebelah sekumpulan perempuan. Aku perhatikan mereka. Seorang dari mereka pandang aku dan kemudian berbisik sesuatu kepada kawan-kawannya lalu mereka semua tersenyum.

Kalau ya pun nak puji aku dekat kawan-kawan, jangan lah obvious sangat, kan?

Aku tersenyum seorang diri.

Akhirnya kami sampai di taman yang aku katakan dari awal tadi dan kami warm up.

Tiba-tiba kawan aku bersuara,

"woi!" dengan muka terkejut dan menahan gelak, dia kata,

"Kita pakai baju sama hari ni!"

14.7.09

5 comments:

Anonymous said...

CCA? hahaha. pastu "run forest, run" atau "jom balik, jom"? ok takyah bagitau, haha.

Linlin said...

haha.. couple?

Fatimah Ali said...

haha. comel la pakai baju sama.

Anonymous said...

Baju sama tapi tak pink kan? Ok, kot. Hm. Ha ha.

Hahahahahahahahahahahahahahahahahaha.

>>Aisa

Dammit said...

Anonymous,
CCA tu ape eh? weh, tetap run forest, run ok! haha. oh ye, sila guna ape2 nama sng nak recognize sbb ramai org nama anonymous ni.

nil,
Dah bagitau dia utk amik jarak at least 10m masa jogging. plus dia lelaki, tak couple sgt lah. haha

fatimah,
Dari dua orang tu, sorang lebih comel. Teka siapa

Aisa,
Biru. stokin je pink. haha