Thursday, January 10, 2013

Hati #1

Satu malam, dalam kereta, aku hantar dia pulang. Cd yang aku burn terpasang di radio kereta, bunyian lagu-lagu random dari punkrock ke post-rock silih berganti.

Tiba-tiba bertukar kepada lagu mainstream. Aku pandang dia, dia tersengih. Muka tak bersalah tukar siaran radio, aku tahu lagu-lagu aku tadi membosankan bagi dia.

Lalu dia bersuara, "What if one day, kita tak end up together?"

Aku terkejut. Gila random soalan. Satu soalan pendek tetapi tersirat beribu soalan sebenarnya. Aku perlahankan bunyi radio.

"Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?" aku balas tenang.

"Entah," dia berkerut,  "Tiba-tiba terlintas dalam kepala macam tu."

Aku faham maksud dia. Sebab situation masa tu penuh dengan uncertainty.

Dia risau, takut.

Deep inside, aku pun rasa macam tu.

Keadaan sunyi seketika. Mata aku fokus dengan traffic, tapi kepala, hati aku fokus lebih jauh dari itu.

Aku pandang dia.

"Dont worry," aku kata, "Kalau memang takdir, tak ada apa yang boleh halang."

Dia anggukkan kepala.

"Cuma jangan lupa," aku menambah, "Hati ni milik Tuhan, bukan milik kita."

9 comments:

Anonymous said...

sebak. tersentuh. pilu. bila. nak. kawin? T_T

Anoneemus™ said...

Ok. Aku pernah berada dalam situasi ni. Kau faham lah kan.

Jane said...

:/

makan aiskrim jom.

wai a ya wai a ya said...

Piluuuu!

Dammit said...

Anonymous,
Kawin sekarang, boleh?

Anoneemus,
Vice versa. uncertain.

Jane,
jom! :)

wai a ya,
:)

Anonymous said...

Ini, bukan cerita sedih kan? Haha.

>>Aisa

Cik D said...

ouh. Haha...first time bace entry yg jiwang dr dammit. isn't it?

Dammit said...

Aisa,
Ini sedih (sambil tarik tisu)

Cik D,
Akan ada banyak lagi. hehe

Cik D said...

Omaiii.....hahaha..dammit, may Allah bless. :)