Tuesday, January 15, 2013

Hati #2

Ada masa dalam hidup, kita perlu beri 'ultimatum'.

Bukan sekadar membuat pilihan, tetapi 'firm' dengan pilihan itu serta sedia menerima kesannya dengan hati terbuka.

***

"Dude, aku nak jumpa kau kejap luar department boleh?."

Aku terima mesej lelaki HR, yang juga kawan rapat aku sejak hari pertama kami masuk bekerja di sini.

Kalau tempat kerja tu seperti medan perang yang huru-hara, aku ibaratkan dia seperti 'medic' yang sedia bersama dan membantu. 

Kalau main futsal, dia akan jadi orang yang 'assist' dan aku akan score. Ok, yang ni betul, bukan metafora.

"Ada apa-apa hal ke kau nak jumpa tiba-tiba ni?" aku tanya dia.

"Hari ni last day aku," dia kata sambil pandang aku, "Final decision."

Aku tersentak. 

"Come on!" aku kata pada dia, "Why so soon?" 

Tanpa sedar aku tinggikan suara, dalam hati, sebenarnya aku agak sayu.

"Lepas ni siapa nak teman aku sembahyang jumaat? Lunch sama? cerita pasal perempuan kat office?"

Semua tu bermain dalam fikiran aku. 

"Cukuplah," dia kata, "Aku dah tak boleh tahan."

Aku angguk, faham. Dia akan bercerita tentang boss dia yang cerewet dan kuat menengkingnya setiap kali kami jumpa.

Siapa boleh tahan, kan?

Lalu kami borak seketika dan bersalaman.

"Halalkan semuanya," aku kata sambil tepuk bahunya, "Thanks bro!

Ultimatum.

***

Setelah beberapa minggu aku di awang-awangan, dalam fantasi aku sendiri terhadap dunia, aku beri ultimatum pada diri sendiri.

Malam ni, hidup aku akan berubah selamanya.

11 comments:

Anonymous said...

....... kalah drama tv3.......

-cina

Dammit said...

Dekat sana ada tv3? :p

Anonymous said...

Post lah hari2, :(

Dammit said...

Anonymous, post hari2?

Anonymous said...

Suspen aku baca ni. Haha.

>>Aisa

hae said...

xpe. jom sembang dgn ak espcly pasal pompuan.. hahaha

Pumpkin Peroz said...

you sound all grown up..welcome to the club..club OOT (orang orang tua)~

Dammit said...

Aisa,
Memang suspen weh. haha

hae,
Jap, aku rasa macam kenal kau je. siapa eh?

Pumpkin peroz,
belum tua lagi, belum belum. haha gila in denial

hae said...

ko agak2 sape?? hahaha. ko nih ak da lame jdik pembaca setia entry ko. bru ko nk knl?? x patot...

Dammit said...

hae,
Aku rasa aku tau, kau budak korea tu kan? :p

hae said...

bdk korea yg menawan dan tertarik tu? ok la. ak kasi betol..