Ramadhan, 1997.
6.00 pm
Ke pasar juadah. Beli apa-apa yang patut. Menu penting, murtabak Pak Din dan Air tebu.
7.00 pm
Sampai di rumah dan mandi. Kemudian habiskan masa dengan menonton Jejak Rasul. Masa ni Jejak Rasul lagi best sebab banyak cerita pasal Nabi dan Rasul.
7.30 pm
Buka puasa. Dulu, aku tak suka buah kurma. Sebab rupa dia macam lipas.
8.00 pm
Selepas selesai berbuka puasa, calling-calling member seperjuangan. Kemudian bersiap dengan baju Melayu dan mengambil wudhuk.
8.20 pm
Sampai ke destinasi. Bukan surau, tapi kedai mercun. Mercun bola, roket, das dan thunder clap adalah mercun wajib.
8.45 pm
Sorokkan mercun, baru pergi sembahyang. Sebelum pergi, kata nak sembahyang terawih 8 rakaat. Tapi lepas sembahyang Isyak, terus ke padang dengan mercun.
10.00 pm
Bekalan mercun dah habis digunakan, datang ke surau balik. Sebab ada moreh.
heh,
kan best kalau boleh kembali ke masa dulu.
24.8.09
5 comments:
benda yang paling jauh dengan kita adalah masa dulu.
aku suka 8.20 pm.
bila baca aku boleh bayangkan zaman kegemilangan mercun. masa zaman aku kanak-kanak dahulu kala.
electricpopia reboot.
kalau tak komen, aku jadi silent reader.
:)
stereo,
Zaman yang sangat memorable kan? ok boss, terima kasih.
AISA,
:)
knp dah nk tutup kedai ni? mau stop blogging eh?
Cik D,
kosongkan kedai, bukan tutup :)
Post a Comment