Friday, August 3, 2012

Imbasan #2 - Sempena bulan puasa

Aku biasa dengar orang cakap 'Tak baik buat maksiat, ni bulan puasa'. Apa-apa jenis maksiat lah. Ramai yang beranggapan di bulan puasa tak boleh buat macam-macam tetapi dalam tak sedar, mereka menghalalkan perkara dilarang pada bulan-bulan lain.

Contoh :

 "Jangan menipu, ni bulan puasa."

"Jangan tinggalkan solat 5 waktu bulan ni, nanti puasa dikira sia-sia."

"Tak baik mengumpat time puasa ni."

Memang benar, tak boleh menipu, jangan tinggalkan solat dan tak baik mengumpat di bulan puasa tapi bagaimana dengan bulan-bulan lain?

Prasan tak? aku rasa sedikit sebanyak, kita seolah-olah mengubah peraturan agama mengikut masa dan kesesuaian. Kita pandai-pandai tentukan bila hukum halal dan haram. Paling teruk, benda ni dah jadi kebiasaan pada kita.

Mindset masyarakat kita ni perlu diubah, perlu diperbetulkan. Ibadah bukan hanya tertumpu pada bulan puasa sahaja.

Apa yang aku percaya, bulan Ramadhan ni adalah bulan terbaik untuk kita perbetulkan diri. Ia adalah fasa terbaik untuk kita bersihkan tompok hitam di hati dan dekatkan diri dengan Pencipta dan akan mendidik kita untuk jadi lebih baik di bulan-bulan akan datang.

Tak kisahlah siapa kamu. Kamu seorang mat metal? ustaz? mat rempit? kaki clubbing?

Bulan Ramadhan ni adalah bulan untuk kita semua.

13.9.08

8 comments:

stereo said...

bulan ramadhan adalah bulan terbaik untuk memulakan langkah berubah ke arah yang lebih baik.

dengan syarat nawaitu kena betul.

Cik D said...

bila kdg2 dammit menulis, mmg selalu betul =)

Kuey san said...

Salam dammit (ironic kan?)

Apa main imbas-imbas ni? Tak ada idea nak blog lettew (eeuuww) tapi tak mahu mengaku kalah kan?

Ha Ha Ha

Tak apa. Terus kan. Lagipun entri-entri sebelum ini ayat-ayatnya sungguh bernas dan bermanfaat dari entri sekarang. Ehh.

Salam Ramadhan. Puasa jangan tak puasa.

AL said...

Semoga bulan Ramadhan ini dapat membentuk diri kita untuk menjadi insan bernama Hamba Allah~

Ramdhan Kareem!
(^_^)

Dammit said...

stereo,
setuju!

Cik D,
kadang-kadang ke selalu ni? confused. :p

Kuey-san,
4 tahun memblog kott, buat benda sama je dari dulu. Nak tukar approach lain pulak.

AL,
Amin! :)

23 said...

sepatutnya camni;

"jangan nipu, nanti dosa berganda sebab bulan puasa"

bila pahala berganda, dosa pun berganda - ustaz

Dammit said...

23,
Haha, ni first time dengar, ustaz balajar tinggi sangat tu!

Cik D said...

Kdg2 yg selalu..kikiki