Monday, August 27, 2012

Imbasan #5

Di kedai makan,

"Weh cuba usha budak tu. Kedudukan dia, pukul 8 aku."

"Pukul 8?" sambil menoleh ke arah tu.

"Cun tak?"

"Boleh tahan lah."

"Kan?, ok sekarang cuba tengok ke arah pukul 12 pulak."

"12 am ke pm?"

"Err"

13.2.11

Friday, August 24, 2012

Raya






















***
Soalan yang orang suka tanya;

'Kerja apa sekarang?'

'Bila nak kahwin?'

Nanti kalau dah kerja dan kahwin, orang akan tanya,

'Bila nak ada anak?'

Nanti kalau dah ada anak, orang akan tanya,

'Anak dapat berapa A dalam exam?'

Dan soalan-soalan ni akan diajukan tanpa henti. Terlebih ambil berat, mungkin.

Makcik, pakcik, ada soalan yang saya sendiri pun tanya diri sendiri tapi belum dapat jawapan. Rezeki tuhan, siapa yang tahu?

Selamat hari raya, maaf zahir batin.


Saturday, August 11, 2012

Imbasan #4 - Duit

Boss datang ke meja kami berkumpul sambil memegang duit kertas Rm1.

"Nah, ambik ni," dia kata sambil hulurkan rm1 tu kepada aku.

Aku ambil duit tu. Aku tau, mesti ada sebab dia buat macam tu.

Kemudian dia kata, "Pass duit tu dekat orang sebelah dan seterusnya."

Aku pass duit tu ke orang sebelah aku. Kemudian kawan aku tu pass ke orang sebelahnya hinggalah orang ke-6 dan terakhir, pass semula kepada boss aku tadi.

Kami semua curious.

"You know the value of this money? dia tanya.

"This may just be 1 ringgit," dia kata sambil mengangkat rm1 tadi, "but the value is more than that."

"Walaupun 1 ringgit, awak semua dapat pegang dan rasa,dia menambah, "So here, the value is now 7 ringgit."

"You see, in the end, it's like a cycle. Awak akan dapat balik duit tu."

"So think about it."

***
Kata-kata dia terngiang-ngiang di kepala. Aku tak pernah terfikir 'nilai' rm1 boleh jadi rm7.

Contoh lain, A beli barang di kedai B dengan satu nilai. Kemudian B mendermakan duit tu di tabung C lalu diedarkan kepada D. Dengan duit yang sama, A, B, C dan D mendapat benefit, kan?

Sekarang, cuba bayangkan setiap ringgit kita belanjakan untuk kebaikan. Berapa ramai orang akan dapat benefit dari duit tu?

Banyak pahala tu beb.

Jadi, apa kata kita mula dermakan duit. kalau kita jarang memberi, kita mula memberi. Kalau dah biasa memberi, kita cuba beri lebih.

Boleh kan?
4.8.11

Wednesday, August 8, 2012

Imbasan #3 - Pesanan ringkas


Tengah kusyuk masa tahiyat akhir solat di surau tadi, tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone,

"Baby, baby, baby oo0oh, 
like baby, baby, baby oohh...."

Adik-adik, lain kali jangan lupa silent-kan handphone masa sembahyang ok?

1.9.11

Friday, August 3, 2012

Imbasan #2 - Sempena bulan puasa

Aku biasa dengar orang cakap 'Tak baik buat maksiat, ni bulan puasa'. Apa-apa jenis maksiat lah. Ramai yang beranggapan di bulan puasa tak boleh buat macam-macam tetapi dalam tak sedar, mereka menghalalkan perkara dilarang pada bulan-bulan lain.

Contoh :

 "Jangan menipu, ni bulan puasa."

"Jangan tinggalkan solat 5 waktu bulan ni, nanti puasa dikira sia-sia."

"Tak baik mengumpat time puasa ni."

Memang benar, tak boleh menipu, jangan tinggalkan solat dan tak baik mengumpat di bulan puasa tapi bagaimana dengan bulan-bulan lain?

Prasan tak? aku rasa sedikit sebanyak, kita seolah-olah mengubah peraturan agama mengikut masa dan kesesuaian. Kita pandai-pandai tentukan bila hukum halal dan haram. Paling teruk, benda ni dah jadi kebiasaan pada kita.

Mindset masyarakat kita ni perlu diubah, perlu diperbetulkan. Ibadah bukan hanya tertumpu pada bulan puasa sahaja.

Apa yang aku percaya, bulan Ramadhan ni adalah bulan terbaik untuk kita perbetulkan diri. Ia adalah fasa terbaik untuk kita bersihkan tompok hitam di hati dan dekatkan diri dengan Pencipta dan akan mendidik kita untuk jadi lebih baik di bulan-bulan akan datang.

Tak kisahlah siapa kamu. Kamu seorang mat metal? ustaz? mat rempit? kaki clubbing?

Bulan Ramadhan ni adalah bulan untuk kita semua.

13.9.08

Wednesday, August 1, 2012

Imbasan #1 - Puasa, Mission Impossible


Ramadhan, 1997.

6.00 pm
Ke pasar juadah. Beli apa-apa yang patut. Menu penting, murtabak Pak Din dan Air tebu.

7.00 pm
Sampai di rumah dan mandi. Kemudian habiskan masa dengan menonton Jejak Rasul. Masa ni Jejak Rasul lagi best sebab banyak cerita pasal Nabi dan Rasul.

7.30 pm
Buka puasa. Dulu, aku tak suka buah kurma. Sebab rupa dia macam lipas.

8.00 pm
Selepas selesai berbuka puasa, calling-calling member seperjuangan. Kemudian bersiap dengan baju Melayu dan mengambil wudhuk.

8.20 pm
Sampai ke destinasi. Bukan surau, tapi kedai mercun. Mercun bola, roket, das dan thunder clap adalah mercun wajib.

8.45 pm
Sorokkan mercun, baru pergi sembahyang. Sebelum pergi, kata nak sembahyang terawih 8 rakaat. Tapi lepas sembahyang Isyak, terus ke padang dengan mercun.

10.00 pm
Bekalan mercun dah habis digunakan, datang ke surau balik. Sebab ada moreh.

heh,

kan best kalau boleh kembali ke masa dulu.

24.8.09

Tuesday, July 31, 2012

Estetik










4 tahun aku memblog, dan selama itu, ada 594 posts, 8347 comments, 72733 pageviews. Tak banyak pun, tapi cukup untuk buat aku rasa 'super something'.

Sebab di sebalik statistik dan tulisan tak seberapa ni, banyak perkara dah berlaku kepada aku. 

Aku dapat kenal dan jumpa dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang kehidupan. Dari pemuzik, fotografer hingga ke cabincrew. Dari Kuala Lumpur hingga ke Brunei. 

Aku belajar banyak dari mereka. Dari kamu semua.

Aku juga banyak belajar dari blogger lain di blogosfera aku. AKAB, Magenta, Sarah, Melayu Minimalis, Lucius Maximus, Lidah, NeemMs.Weed, Afiq Deen, Irondanwine, Antitoksin, John Hafiz dan beberapa yang lain. Hampir kesemuanya dah tak aktif atau dah delete blog.

Rindu.

***

Sebelum ni ada beberapa orang pernah tanya kepada aku, 'Sampai bila nak memblog?'. 'Sampai tepu,' aku kata.

Ya, tepu. Sekarang aku rasa dah tepu. Nilai estetika yang aku rasa sepanjang memblog dulu dah hilang. Tak sama dan tak mungkin akan sama.

Jadi, setelah berfikir panjang, aku pilih untuk simpan dan delete kesemua post dalam blog ni. Maaf, kalau ada yang tak setuju. Aku tahu kamu semua sebahagian dari blog ni.

Oh, aku tak delete blog ni. Aku akan post semula tulisan-tulisan lama aku termasuk yang aku tak pernah publish di sini. 

Selamat beramal :)