4 tahun aku memblog, dan selama itu, ada 594 posts, 8347 comments, 72733 pageviews. Tak banyak pun, tapi cukup untuk buat aku rasa 'super something'.
Sebab di sebalik statistik dan tulisan tak seberapa ni, banyak perkara dah berlaku kepada aku.
Aku dapat kenal dan jumpa dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang kehidupan. Dari pemuzik, fotografer hingga ke cabincrew. Dari Kuala Lumpur hingga ke Brunei.
Aku belajar banyak dari mereka. Dari kamu semua.
Rindu.
***
Sebelum ni ada beberapa orang pernah tanya kepada aku, 'Sampai bila nak memblog?'. 'Sampai tepu,' aku kata.
Ya, tepu. Sekarang aku rasa dah tepu. Nilai estetika yang aku rasa sepanjang memblog dulu dah hilang. Tak sama dan tak mungkin akan sama.
Jadi, setelah berfikir panjang, aku pilih untuk simpan dan delete kesemua post dalam blog ni. Maaf, kalau ada yang tak setuju. Aku tahu kamu semua sebahagian dari blog ni.
Oh, aku tak delete blog ni. Aku akan post semula tulisan-tulisan lama aku termasuk yang aku tak pernah publish di sini.
Selamat beramal :)
Selamat beramal :)